Selepas berakhir blok pertama dengan enam pusingan, jaguh remaja negara itu melakukan 1,896 jatuhan pin meninggalkan pencabar utama dari Singapura, Xavier Teo yang mengumpul 1,858 jatuhan pin dan wakil Hong Kong, Ivan Tse (1,828)

Dua lagi wakil negara, Muhammad Hafiz Zainuddin dan Nevern Netaneel Marcellinus, sekadar menduduki di tangga kesembilan dan 15, dengan masing-masing melakukan 1,702 dan 1,538 jatuhan pin.

Sementara itu, dalam saingan perempuan, Nur Syazwani Sahar menjadi pemain terbaik negara selepas menduduki tempat keempat dengan 1,726 jatuhan pin.

Pemenang pingat emas Sukma 2018, Gillian Lim Siew Aiok kurang menyinar apabila sekadar menduduki tangga kelapan dengan 1,619 jatuhan pin.

Pasangan kembar, Nurul Ayunni Junaidi dan Nurul Alyssa Junaidi juga gagal mempamerkan aksi cemerlang apabila hanya menghuni tangga ke-12 dan 13 dengan mengumpul 1,535 dan 1,532 jatuhan pin.

Begitupun, kesemua wakil negara itu masih mempunyai harapan memburu pingat pada blok kedua yang akan bersambung esok.

Pemain Korea Selatan, Shin Hyebin mendahului saingan blok pertama menerusi 1,805 jatuhan pin, meninggalkan rakan senegaranya, Kim Hyeonji di tempat kedua (1,766).

Hanya kelompok tiga teratas layak untuk beraksi dalam pusingan ‘stepladder’ bagi penentuan pingat emas Masters. - BERNAMA