Su-wei yang bangkit daripada ketinggalan menundukkan pencabar dari China, Wang Qiang menerusi kemenangan 4-6, 6-3, 6-4, hari ini, dan sekali gus mencatat pertemuan dengan Osaka, pemain yang ditewaskannya di Miami, bulan lalu.

Osaka mengalahkan Su-wei dalam perjalanannya merangkul gelaran pada Terbuka Australia, Januari lalu, tetapi pemain Taiwan yang berpengalaman itu telah melakar kemenangan mengejut, Mac lepas, sehingga menyebabkan pemain muda Jepun itu tersingkir awal pada Terbuka Miami.

Kedua-dua pemain itu kini bersedia untuk bertemu sekali lagi, dengan perlawanan pusingan kedua dijadualkan berlangsung, esok. - AFP