Juara Terbuka Amerika Syarikat (AS) dan Australia itu sebelum ini tewas kepada lawan yang sama di Miami pada bulan lalu, mengesahkan tiket ke suku akhir kejohanan bertemu pemain dari Croatia, Donna Vekic.

“Saya bersyukur dengan semua pihak yang memberi respon sangat positif terhadap saya. Beberapa bulan lalu saya berdepan detik sukar. Ada budak kemurungan di luar sana.

“Jika ada satu perkara positif yang saya boleh bercakap mengenai diri sendiri, saya mahu belajar dengan cepat.

“Sudah tentu saya meletakkan banyak tekanan kepada diri sendiri dan akhirnya saya berdepan kesukaran untuk mengatasinya dalam beberapa kejohanan. Sekarang saya mula menikmati setiap perlawanan di mana sebelum ini saya tidak melakukannya,” kata Osaka.

Itu merupakan kemenangan kedua Osaka ke atas Hsieh pada tahun ini selepas melakukannya di Melbourne dan secara keseluruhannya pemain berusia 21 tahun itu menewaskan Hsieh tiga kali.

“Saya tidak rasa seperti saya yang mengawal permainan namun saya fikir dia mengambil risiko lebih tinggi daripada saya. Dia lawan yang licik. Anda tidak akan tahu apa yang dia akan lakukan,” kata Osaka. - AFP