Penyandang juara Terbuka Australia dan Amerika Syarikat (AS) itu menikmati detik bergelar pemain No. 1 dunia sepanjang 12 bulan lalu malah menjadi pemain pertama Jepun memenangi Grand Slam serta menjadi pemain Asia pertama menduduki ranking tertinggi.

Selepas menerima tamparan hebat apabila tewas dalam kejohanan di Dubai, Indian Wells dan Miami, Osaka berharap dia dapat mengembalikan semula prestasi terbaiknya di Stuttgart sekali gus mencipta kemenangan pertama di atas gelanggang tanah liat.

Populariti Osaka naik secara mendadak apabila dia mencuri tumpuan dunia dengan menewaskan bintang terkenal AS, Serena Williams di pentas final Terbuka AS pada September lalu.

Minggu lalu, Osaka disenaraikan oleh majalah TIME sebagai antara 100 individu berpengaruh di dunia.

“Saya sentiasa fikir mungkin saya mampu beraksi di atas apa jenis permukaan gelanggang. Secara mental, saya fikir saya tidak sukakan gelanggang tanah liat. Saya sentiasa berkata kepada diri sendiri saya perlu menyesuaikan diri dan melakukan sesuatu perubahan,” kata Osaka. - AFP