Ferrer akan menggantung raketnya selepas tamat Terbuka Madrid bulan depan menitiskan air matanya selepas membuat penampilan ke-15 dan terakhir dalam kejohanan tersebut.

Bagaimanapun, tiada ruang sentimen untuk Nadal yang melakar kemenangan 6-3, 6-3 sekali gus menghampiri rekod ke-12 gelaran kejohanan.

“David bukan bersara disebabkan tahap permainannya tetap dia berdepan waktu yang sukar selama setahun setengah dengan kecederaan yang melanda.

“Tahap permainannya pada tahun ini lebih tinggi berbanding tahun sebelumnya dan dia bekerja keras untuk memberi aksi terbaik. Kita semua bersyukur kerana mempunyai pemain seperti dia,” kata Nadal.

Ranking terbaik yang pernah dicapai Ferrer dengan menjadi pemain ketiga terbaik dunia pada 2013, tahun yang sama dia hampir menjuarai Grand Slam.

“Saya memberikan segala-galanya. Saya sangat gembira, impian menjadi kenyataan untuk bermain dalam salah satu perlawanan di atas gelanggang ini,” kata Ferrer. - AFP