Setiausaha Kerajaan Negeri Azman Mohd Yusof berkata langkah itu membantu menjana ekonomi negeri sekali gus memperkenalkan Perlis sebagai lokasi sesuai dengan keindahan alam semula jadi untuk aktiviti sukan sedemikian.

“Dianggarkan tiga ke empat juta pelancong setahun datang ke Perlis dan pengisian program sukan pelancongan sebegini boleh dijadikan platform tarikan pelancong,” katanya ketika ditemui selepas melancarkan Perlis Maraton 2019 di Majlis Sukan Negeri (MSN) di sini, hari ini.

Hadir sama, Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan Luar Bandar dan Pembasmian Kemiskinan dan Pembangunan Pusat Pertumbuhan Baharu Perlis, Asmaiza Ahmad.

Azman berkata, Perlis Ultra Maraton terbuka kepada umum dengan jarak larian minimum 5 kilometer dan maksimum 70km, manakala Perlis Duatlon melibatkan larian 5km Dengan kayuhan basikal 40km mengikut kategori umur.

Sementara itu, beliau berkata, Perlis Maraton yang dianjurkan sejak 2015 yang bakal berlangsung esok menjanjikan suasana lebih meriah dengan tawaran pelbagai hadiah menarik. - BERNAMA