Memetik artikel dari ssdhaliwal.com.my, Khairy berkata, beliau kini tidak seberapa aktif dalam media sosial dan membuat keputusan untuk berehat seketika.

“Sekarang ini saya tidak lagi berada dalam kerajaan atau memegang sebarang jawatan penting. Jadi ia memberi saya ruang untuk saya berehat, bersantai dan melakukan perkara yang saya mahu cuba.

“Mungkin saya ingin jadi seperti kamu (Satwant Singh Dhaliwal),” kata Khairy berseloroh.

Jelasnya, dia berhasrat untuk berehat seketika dalam media sosial kerana terdapat banyak komen yang kurang enak berhubung situasi semasa di negara ini.

“Sekarang ini saya dapati komen dan reaksi yang tidak kondusif dalam situasi semasa di negara ini. Jadi saya membuat keputusan untuk berehat seketika.

“Dari semasa ke semasa saya log masuk dan mengintai, dengan harapan semua perkara telah reda. Hanya dua hari lalu saya lihat komen dan hantaran, ia menakutkan dan ini adalah perkara umum.

“Saya lebih suka simpan pandangan saya daripada membiarkan orang ramai salah tafsir,” ujarnya.