Anak-anak buah Roelant Oltmans mengesahkan kedudukan ketiga selepas mengalahkan Kanada 4-2 di sini hari ini.

Kedudukan tempat ketiga yang dicapai pada edisi ke-28 kali ini memperbaiki pencapaian tempat keempat tahun lalu apabila pasukan negara kalah 2-3 kepada Argentina dalam aksi penentuan tempat ketiga.

Dalam perlawanan di Stadium Azlan Shah di sini hari ini, Malaysia ketinggalan kepada Poland menerusi gol padang yang dijaringkan Mark Pearson pada minit ke-14.

Namun, Malaysia bangkit menyamakan kedudukan pada minit ke-23 menerusi jaringan Nik Muhammad Aiman Nik Rozemi susulan daripada keadaan kelam kabut selepas pukulan sudut penalti.

Pada awalnya, jaringan berkenaan dibantah oleh pemain Kanada dan selepas gol berkenaan dirujuk menggunakan video bantuan pengadil (VAR), pengadil kemudiannya membenarkan jaringan berkenaan.

Jaringan berkenaan ternyata menyuntik semangat pemain apabila menambah tiga lagi gol masing-masing menerusi gol padang Muhammad Azrai Aizad Abu Kamal (minit ke-29), gol Tengku Ahmad Tajuddin Tengku Abdul Jalil (minit ke-30) dan jaringan Faizal Saari (minit ke-45) untuk Malaysia mendahului 4-1.

Poland menjaringkan gol pada minit ke-59 permainan menerusi pukulan sudut penalti James Walles untuk perlawanan berakhir Malaysia menang 4-2. - UTUSAN ONLINE