Kemenangan itu mengekalkan kedudukan Malaysia di tangga teratas saingan dengan enam mata selepas dua perlawanan, diikuti Korea dan India masing-masing empat mata.

Kanada pula di tangga keempat dengan tiga mata diikuti Jepun dan Poland tanpa sebarang mata.

Kemenangan itu juga membalas dendam kekalahan skuad kebangsaan kepada Jepun dalam perlawanan akhir Sukan Asia di Jakarta tahun lalu apabila Malaysia tumpas 1-3 menerusi penentuan pukulan penalti setelah terikat 6-6 dalam perlawanan masa sebenar.

Dalam aksi di Stadium Azlan Shah di sini, Faizal Saari muncul wira apabila meledak dua gol buat Malaysia manakala dua lagi jaringan pasukan negara disempurnakan oleh Nik Muhammad Aiman Nik Rozemi dan Muhammad Razie Abdul Rahim. - UTUSAN ONLINE