Kemenangan membolehkan anak-anak buah Roelant Oltmans menduduki tangga tetiga carta dengan mengumpul sembilan mata hasil tiga kemenangan dan dua kekalahan.

Kanada pula berada di tangga keempat menerusi enam mata hasil dua kemenangan.

Kemenangan Malaysia bagaimanapun tidak mampu lagi memintas dua pasukan teratas, India dan Korea Selatan yang sudah mengesahkan tiket final lebih awal menerusi 13 mata.

Dalam perlawanan hari ini, Malaysia mendahului pada minit keenam menerusi gol padang Muhammad Firhan Ashari namun Kanada menyamakan kedudukan menerusi gol padang Gordon Johnston pada minit ke-15.

Muhammad Razie Abd. Rahim kembali meletakkan pasukan kebangsaan mendahului hasil gol menerusi pukulan sudut penalti pada minit ke-17.

Namun, Kanada masih mampu bangkit memberikan tentangan apabila menyamakan kedudukan 2-2 hasil pukulan sudut penalti Johnston pada minit ke-22.

Mohd. Fitri Saari memastikan kemenangan memihak pasukan negara apabila menjaringkan gol kemenangan menerusi pukulan sudut penalti pada minit ke-23. - UTUSAN ONLINE