Dalam perlawanan yang berlangsung di Stadium Azlan Shah di sini, Jepun bagaimanapun ketinggalan hasil jaringan pada pemain Poland, Mikolaj Gumny pada ini ke-31.

Jepun bangkit menyamakan kedudukan menerusi gol padang Fukuda Kentaro pada minit ke-46 dan selepas itu terus menguasai perlawanan apabila meledak lima lagi gol.

Lima gol Jepun masing-masing dijaringkan Ryosei Kato (minit ke-49), Hirokata Wakuri (minit ke-51 dan ke-57), Fuduka Kentaro (minit ke-54) dan Hoshi Suguru (minit ke-57). - UTUSAN ONLINE