Lawannya dalam aksi akhir esok, Korea Selatan yang menduduki tangga kedua kumpulan dengan 10 mata, sedang beraksi menentang Jepun ketika ini.

Dalam perlawanan di Stadium Azlan Shah di sini hari ini, India mempamerkan penguasaan penuh apabila mendahului 6-0 sehingga suku kedua menerusi jaringan Vivek Prasad pada minit pertama diikuti Sumit Kumar (minit-7), Varun Kumar (minit ke-18), Surender Kumar (minit ke-19), Varun Kumar (minit ke-25) dan Simranjeet Singh (minit ke-29).

India menambah empat lagi gol pada suku ketiga dan terakhir menerusi Sharma Nilakanta (minit ke-36), dua gol Mandeep Singh pada minit ke-50 dan ke-51 dan Amit Rohidas menjaringkan go terakhir pasukannya pada minit ke-55. - UTUSAN ONLINE