Dengan bandar Houston diumumkan terpilih sebagai penganjurnya, ini kali pertama dalam sejarah Kejohanan Ping Pong Dunia bakal diadakan di luar Eropah atau Asia sejak 1939.

Pemilihan Houston tersebut diumumkan Persekutuan Ping Pong Antarabangsa (ITTF) awal hari ini selain bandar Chengdu di China menyusul bakal menjadi tuan rumah untuk tahun 2022 pula.

Sebagai bandar pertama AS yang pernah menjadi penganjur, Houston berjaya menewaskan bandar Agadir, Maghribi yang turut membida hak menjadi tuan rumah tersebut.

Untuk rekod, Kaherah, Mesir menjadi bandar pertama menganjurkan kejohanan dunia di luar Eropah dan Asia yakni kira-kira 80 tahun lalu pada 1926. - AFP