Kamera yang paling mendapat sambutan dan digunakan secara meluas oleh golongan profesional mahupun amatur adalah kanta reflek tunggal (SLR) atau sekarang dikenali sebagai kamera kanta reflek tunggal digital (DSLR).

Namun sedekad lalu, kamera jenis mirrorless diperkenalkan kepada pengguna dan sejak dua hingga tiga tahun kebelakangan ini, kamera jenis ini mula memberikan saingan kepada DSLR dari segala aspek.

Perbezaan paling ketara antara mirrorless dan DSLR terletak pada tidak adanya mirror pada CSC (Compact System Camera). Tanpanya memungkinkan mirrorless menjadi lebih kecil dan ringan serta mudah dalam pengoperasiannya.

Pada hari ini, walaupun pilihan lensa untuk kamera mirrorless tidak sebanyak pilihan lensa DSLR, penggiat fotografi sudah mula menjadikan kamera mirrorless sebagai salah satu pilihan kerana kemampuan menghasilkan gambar yang setanding dengan DSLR dengan kos yang lebih murah dan beban yang lebih ringan.

Melihat kepada perubahan trend ini, jenama besar dalam dunia DSLR seperti Canon dan Nikon sendiri telah memperkenalkan model mirrorless mereka untuk kekal relevan dalam industri pembuatan kamera.

Kamera mirrorless menawarkan pakej yang lebih menarik, seperti lebih mudah dibawa dan senang dimasukkan ke dalam poket berbanding model DSLR, pemegang dan penggunaan yang mudah boleh menghasilkan imej yang lebih baik.

Perbezaan paling ketara antara mirrorless dan DSLR terletak pada tidak adanya mirror pada CSC (Compact System Camera). Tanpanya memungkinkan mirrorless menjadi lebih kecil dan ringan serta mudah dalam pengoperasiannya.