Pengetua SMK Pintu Geng, Maizan Mohd. Nor berkata, kelab itu ditubuhkan sebagai sebahagian aktiviti ko-kurikulum di samping menarik pelajar supaya mempelajari warisan seni kebanggaan bangsa.

“Aktiviti itu juga boleh mengelak mereka daripada terlibat dalam gejala negatif.

‘Untuk mewujudkan kelab ini, kita bekerjasama dengan AJ Martial Arts Akademy dan para ahli kelab akan dilatih oleh jurulatih dari akademi tersebut iaitu Faizul Yusoff,” katanya

Maizan berkata, buat masa ini, para pelajar menyertai latihan yang diadakan di pekarangan sekolah dan juga perkarangan Masjid Muhammadi.

‘Mereka perlu datang berlatih di perkarangan masjid supaya dapat diselaraskan dengan program keagamaan selepas itu.

“Kesungguhan pelajar terlibat akan dijadikan contoh bagi menarik lebih ramai pelajar menyertai kelab itu,” katanya. - UTUSAN ONLINE