Dengan nama menu bufet Makan Malam Semarak Ramadan tetamu boleh menikmati pelbagai hidangan tanpa had yang disajikan dalam lapan menu bergilir merangkumi lebih daripada 100 jenis hidangan setiap hari. Ini termasuk shell out makanan laut, kambing panggang kuzi, sup utara, kari kambing lamb shank, ayam percik, daging salai masak lemak cili padi belimbing buluh, bubur lambuk kambing dan babat masak lemak rebung.

Sementara itu, hidangan utama yang paling popular ialah asam pedas. Menurut Cef Eksekutifnya, Faudleen Hamidy Ismail, tahun ini selain kuah asam pedas yang dimasak di depan tetamu, pihak hotel juga menyediakan kuah kari dan pilihan perbagai jenis ikan seperti tenggiri, merah, siakap dan kembung.

Selain hidangan utama, terdapat juga kepelbagaian makanan pembuka selera seperti kerabu kerang, salad segar beserta dressing, salad diasinkan dan sate. Bagi yang mahu makanan sihat, mereka boleh nikmati ulam-ulaman kampung segar.

Bufet tidak akan lengkap tanpa pemanis mulut yang enak. Selain itu terdapat pilihan minuman yang menyegarkan seperti kedondong asam boi, kelapa laut, sagu tembikai susu, cendol durian, lai chi kang, sirap bandung dan air katira.

Jangan lupa untuk mencuba hidangan istimewa setiap tahun di sini iaitu durian goreng. Tidak ketinggalan, pelbagai jenis pastri seperti mini Perancis, apam balik dengan pelbagai perisi inti, pelbagai jenis kek, kuih-muih Melayu, biskut, ais kacang, cendol, pengat pisang, bubur kacang merah dan ais krim.

Tetamu juga akan dihiburkan dengan persembahan violin oleh Aqmal Daniel The Stylo Violinist bermula 9 Mei hingga 2 Jun 2019. Di samping itu, pengunjung boleh menunaikan solat maghrib dan isyak di bilik-bilik yang diubah suai menjadi surau di aras tiga sepanjang Ramadan. Bersempena dengan Ramadan, bufet khas sahur juga boleh didapati bermula pukul 4 hingga 5.30 pagi di Café Para Para. Untuk maklumat lanjut sila lawati laman sesawang kami di www.grandparagonhotel.com.my atau talian 07-2685255.