Kawasan sempadan adalah kawasan yang menjadi tumpuan aktiviti penyeludupan dan pelbagai urus niaga haram yang berisiko tinggi untuk dirakamkan. Sepanjang terlibat dalam tugasan-tugasan berikut penulis sedia berkongsi tentang teknik-teknik merakam gambar di kawasan berkenaan.

Penyediaan kelengkapan peralatan kamera amat dititikberatkan. Ini bagi mengelakkan risiko terdedah kepada kemungkinan sesuatu yang tidak diingini berlaku. Apa yang jurufoto perlu ketahui adalah tentang maklumat kawasan sempadan seperti jarak, tempat yang ingin dirakamkan dan cara pergaulan jurufoto dengan masyarakat setempat.

Ketika mengambil gambar di tempat-tempat seperti ini, ada masanya komposisi sudut fotografi tidak lagi dititik beratkan berikutan suasana tempat dan lokasi berkemungkinan mengalami sudut yang sukar untuk mendapatkannya.

Paling penting, kecekapan memerhati oleh jurufoto dalam mencari sudut yang tepat untuk merakamkan apa sahaja yang berlaku di kawasan sempadan. Selain sudut, penggunaan kamera bagi mendapatkan syot terbaik juga amat dititik beratkan.

1. Melalui kerjasama dengan penduduk setempat aktiviti menyeludup minyak masak dari negara ini ke negara jiran berjaya di rakamkan di Sungai Golok Thailand. Rakaman foto ini menggunakan lens tele zoom 70-200mm.

2. Apa bila anda membuat penyamaran untuk memantau penyeludupan minyak masak, lens yang sesuai amat penting.

3. Merakam foto kegiatan penyeludupan minyak masak dari negara ini ke negara jiran di Sungai Golok Thailand. Lens yang sesuai digunakan tele zoom
70-200mm.