Keunikan bentuk muka bumi di darat dan laut, pusat membeli-belah bebas cukai hinggalah aktiviti sukan air dan rekreasidarat. Semuanya tersedia untuk dirasai.

Yang pasti kenangan percutian di pulau Mahsuri pasti akan lebih manis sekiranya mendapat penginapan yang memenuhi kehendak dan cita rasa.

Aseana Resort menyediakan pengalaman penginapan berbeza bagi mereka yang berkunjung ke Langkawi.

Aseania Resort antara nama yang sering dicadangkan terutama bagi yang mencari penginapan bertemakan konsep keluarga dan hiburan tanpa batasan.

Terletak di antara Pantai Tengah dan PentaiCenang, resort ini mempunyai 217 bilik lengkap dengan pelbagai kemudahan.

Kedudukannya yang strategik diangga psatu bonus bagi mereka yang menginap di resort ini.

Persembahan kebudayaan daripada kakitangan hotel yang kreatif.

Selain keindahan alam semulajadi yang mengelilingi tempat penginapan, kemesraan dan keramahan kakitangan resort yang tidak lokek dengan senyuman juga adalah antara satu kelebihan.

Daripada petugas kaunter hinggalah ke pengemas bilik, semuanya sediau ntuk membantu dan menyelesaikan masalah tetamu yang menginap di resort ini.

Kolam renang berlatarbelakangkan hutan semula jadi sangat mendapat perhatian instagrammer dan para jurukamera professional.

Disenaraikan dalam Malaysia Book of Record pada tahun 2002 sebagai kolam renang terpanjang untuk kategori hotel, kolam itu meliputi 154.4 meter.

Kolam renang terpanjang tersebut mempunyai pelbagai kategori iaitu lazy river, wave pool, taman tema air mini dan kolamkanak-kanak.

Pengunjung yang menginap di resort bertaraf empat bintang ini juga dapat memanjakan diri di Sari Dewi Spa sementara anak-anak bermain di kolam.

Bagi penggemar pelabagai jenis makanan, penginapan ini mempunyai pelbagai pilihan termasuklah Mahsuri’s Kitchen, Mahsuri’s International, Sunken Bar, Marrakesh Pool Bistro, Aseania Seafood dan Skydex.

Marrakesh Club & Lounge

Marrakesh Club & Longue pula bagi yang gemarkan aktiviti malam yang selamat dan memeriahkan.

Terdapat juga tarikan Langkawi Stage Show Extravaganza (LSSE) pada malam hari bertempat di tepian kolam renang yang mengetengahkan tarian kebudayaan dan pertunjukan silap mata daripada kakitangan Aseania sendiri yang kreatif dan berjiwa seni.

Untuk pertanyaan mengenai aktiviti-aktiviti tambahan boleh hubungi Rasyima Ghazali di [email protected] atau hubungi 04-955 2020. - UTUSAN ONLINE