Muhammad Hafiz Zulkifli
MUHAMMAD HAFIZ ZULKIFLI 

Bagaimanapun, menyempurnakan ibadah tersebut ketika berpuasa tidak semudah disangka. Selain cabaran kepadatan jemaah di Tanah Suci, persekitaran dan cuaca terik yang jauh berbeza dari tanah air menguji keimanan serta kesabaran setiap jemaah.

Apatah lagi ibadah yang memerlukan hampir sepenuhnya kepada kekuatan fizikal itu dihadapi dalam keadaan berlapar dan dahaga.

Jika itu dianggap mencabar, ramai kurang menyedari dari sisi lain pengorbanan itu menjadi lebih berganda bagi petugas yang dipertanggungjawabkan mengendalikan jemaah umrah.

Bukan sekadar memimpin, memberi tunjuk ajar, menyelesaikan segala permasalahan dan menyediakan jawapan kepada kekeliruan dihadapi jemaah, namun hakikat tugas seorang mutawif atau pembimbing jemaah umrah adalah lebih daripada itu.

Justeru, ia memerlukan keikhlasan tinggi dalam melaksanakan tanggungjawab diamanahkan sekali gus memperoleh ganjaran besar dan fadilat dijanjikan Allah.

Bagi mutawif muda, Muhammad Hafiz Shaari, 28, tugas pembimbing jemaah menuntutnya untuk berbakti kepada kumpulan peserta kendaliannya sepanjang masa termasuk pada bulan Ramadan.

Anak kelahiran Bukit Merah, Perak itu berkata, sebarang permasalahan yang berlaku kepada

Muhammad Hafiz Shaari
MUHAMMAD HAFIZ SHAARI 

jemaah adalah tanggungjawabnya termasuk membawa jemaah sakit mendapatkan rawatan.

“Menguruskan orang merupakan tugas yang mencabar. Dengan pelbagai ragam, seorang mutawif perlu menghadapi semua ujian itu dengan penuh kesabaran terutama dalam bulan Ramadan ketika mana Allah mahu menguji keimanan seseorang semasa berada di Tanah Suci.

“Namun, saya menyahut cabaran ini dan seronok dapat menabur bakti kepada jemaah umrah. Saya mula melaksanakan tugas sebagai mutawif semasa berada pada semester akhir di Universiti Putra Malaysia (UPM) iaitu ketika mengikuti pengajian di peringkat Sarjana Muda Bahasa Arab,” katanya yang ditemui Mega, Mimbar, Utusan Malaysia, baru-baru ini.