Pernahkah anda melayari portal SEBENARNYA.MY

Logo Kaji Selidik Pembaca

Pernahkah anda melayari portal SEBENARNYA.MY ?

Pernahkah anda melayari portal SEBENARNYA.MY ?




Sila respon kepada soalan di atas untuk menutup skrin ini

Show result

Video lagu Luluh nyanyian Khai popular di YouTube

KHAI BAHAR 2

KUALA LUMPUR 17 Julai - Baru tiga hari dimuat naik di laman YouTube, lagu Luluh dendangan Khai Bahar telah mendapat tontonan lebih 300,000.

KHAI BAHAR

Luluh merupakan single ketiga dendangan Khai selepas lagu Dari Jauh Saja dan Bayang yang melonjakkan namanya dalam bidang seni suara tanah air.

Khai atau Muhamad Khairul Baharudin, 23, berkata, lagu Luluh yang dicipta dua tahun lalu baru dirakam sebagai menghormati kerja-kerja komposer lain yang bertungkus-lumus berkarya.

“Untuk single pertama, saya mendendangkan lagu Bayang ciptaan Harry Khalifah dan kemudian Dari Jauh Saja, ciptaan Dani, gitaris kumpulan Mojo kerana itu semua pilihan syarikat rakaman.

“Bagi single yang ketiga ini saya cuba ketengahkan lagu ciptaan sendiri dan Alhamdulillah, sejak lagu itu dimuat naik di YouTube, 14 Julai lalu, saya mendapat maklum balas yang memuaskan,” katanya kepada Utusan Online.

Jelas Khai, lagu Luluh bukan kisah cinta yang putus di tengah jalan, sebaliknya ia merupakan lagu yang memberi motivasi kepada sesiapa yang pernah alami ‘kejatuhan’ dalam kehidupan.

“Ini bukan kisah cinta tapi kisah kehidupan kerana bagi saya setiap orang boleh capai kejayaan, jika ada usaha. Saya harap lagu Luluh ini dapat memberi semangat pada mereka yang pernah mengalami kekecewaan dalam kehidupan. Saya bersyukur kerana ketiga-tiga lagu saya mendapat sokongan daripada peminat.

“Setakat ini saya ada empat lagu yang telah saya cipta dan mungkin boleh digunakan untuk masa akan datang. Saya belum berani nak bagi lagu pada orang lain kerana siapalah saya berbanding komposer yang tersohor, tapi kalau ada yang mahu, saya akan cuba,” katanya.

Tambah Khai, pada September depan dia akan ke Indonesia untuk mempromosi lagu Luluh sebagai projek susulan selepas kunjungannya ke negara jiran itu pada Mei lalu untuk mempromosi lagu Dari Jauh Saja.

Khai yang bakatnya dicungkil menerusi aplikasi Smule berkata, biarpun sudah dikenali ramai, gaya kehidupannya tetap seperti dulu.

“Kehidupan saya macam biasa saja, ada juga yang mengenali saya dan menyapa bila bertemu, tak kurang juga yang tak kenal saya. Apapun saya bersyukur kerana berpeluang mengembangkan bakat dalam bidang seni suara yang merupakan minat saya sejak dulu,” katanya yang belum bersedia untuk menceburi bidang lakonan. - UTUSAN ONLINE

Lagi Artikel Hiburan
Video Pilihan