Tengok sahajalah bentuk tubuh penyanyi Jennifer Lopez atau lebih dikenali sebagai JLo. Memiliki bentuk tubuh yang menggiurkan walaupun sudah memasuki usia separuh abad,hasil daripada rejim latihan dan senaman yang ketat.

 

Bangun seawal jam empat pagi, enam hari seminggu dan 90 minit adalah waktu yang diperuntukkan JLo untuk melakukan aktiviti pilate dan juga tarian kardio.

“Saya bersenam bukan untuk menjadi kurus. Saya ada bentuk punggung dan buah dada yang cantik. lambang saya mempunyai bentuk tubuh sempurna seorang wanita. Saya tidak suka lihat diri dalam majalah dengan keadaan kurus dan tidak gembira,” kata ibu kepada pasangan kembar, Maximilian David Muñiz dan Emme Maribel Muñiz, 11 tahun.

Daripada segi pemakanan, JLo mengamalkan minum banyak air kosong, menolak pengambilan kafein dan alkohol serta diet sihat.

“Saya memang suka makan namun bukan semua makanan boleh diambil. Saya hanya memilih makanan organik yang diseimbangkan dengan pengambilan protein yang berkualiti tinggi. Paling penting ia harus segar,” kata JLo yang menginsuranskan punggungnya dengan nilai RM80 juta pada 2014.
 

 

Pinggang bak kerengga
Antara selebriti wanita Hollywood yang memiliki bentuk badan cantik pada usia separuh abad ialah Kate Beckinsale yang berusia 45 tahun. Sering kali berkongsi aktiviti kesihatan dalam laman sosial, bentuk tubuh bintang filem Underworld dan Van Helsing ini dicemburui ramai.

Berkahwin dengan pengarah filem, Len Wiseman, Kate atau nama sebenarnya Kathrin Romary Beckinsale benar-benar membuktikan usia itu hanyalah sekadar nombor. Kate akan melakukan aktiviti senaman sebanyak enam hari seminggu. Ini termasuklah angkat berat, squat dan berlari di atas treadmill.

Tidak cukup dengan itu, ibu kepada anak perempuan yang berusia 20 tahun ini turut menolak makanan manis dan tidak mengambil minuman beralkohol.
 

 

Bersenam seperti lelaki
Cara isteri kepada penyanyi Country Blake Shelton ini berbeza dengan selebriti wanita lain. Tidak peduli dengan kaedah yoga atau pilate tetapi lebih menggemari cara bersenam gaya lelaki iaitu angkat berat dan juga tinju.

Gwen yang juga bekas anggota kumpulan No Doubt ini, mengakui dia bukanlah seorang yang sabar untuk melakukan aktiviti yoga atau pilates. Sebaliknya, lebih suka menghabiskan masa di gim.