Filem arahan Nam Ron itu turut meraih lima lagi anugerah yang terdiri daripada Anugerah Pengarah Terbaik; Lakonan Layar Terbaik menerusi Amri Rohaiyat, Fared Ayam dan Nam Ron sendiri; Anugerah Pelakon Lelaki Terbaik Rosdeen Suboh; Cerita Asal Terbaik oleh Pitt Haniff, Muhammad Syafiq dan Nam Ron; serta Poster Terbaik oleh Jazzy Pictures.

Filem yang berkisarkan mengenai kisah di sebalik tabir kehidupan pasukan badan beruniform Polis Diraja Malaysia itu memenangi Anugerah Filem Terbaik dengan mengenepikan empat filem lain yang turut dicalonkan kategori berkenaan.

Trofi disampaikan oleh Menteri Komunikasi dan Multimedia (KKMM) Gobind Singh Deo yang turut merasmikan malam kemuncak festival berkenaan.

Turut hadir ialah Timbalan Menteri KKMM Eddin Syazlee Shith, Pengerusi Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Datuk Samsuni Mohd Nor dan Ketua Pegawai Eksekutif Finas Ahmad Idham Ahmad Nadzri.

Dalam pada itu. Pelakon Wanita Terbaik dimenangi Datin Seri Umie Aida untuk filem berjodol ‘Dukun’, manakala filem Munafik 2 pula menerima anugerah Filem Box Office.

Filem ‘Guang’ yang mengangkat tema kehidupan penghidap autisme, meraih empat anugerah iaitu Penataan Seni Terbaik (Chan Hsien Yu), Pelakon Lelaki Harapan (Kyo Chen), Sinematografi Terbaik (Yeong Tuck Wei) dan Pengarah Harapan (Quek Shio Chuan).

FFM30 turut menyaksikan pelakon, pelawak, pengarah filem dan penulis skrip A.R. Badul dinobatkan sebagai Karyawan Sepanjang Zaman.

Dengan tema ‘Inspirasi Sinemaku’, FFM30 menyaksikan 42 filem bertanding merebut 24 anugerah pada malam kemuncak yang disiarkan secara langsung menerusi Astro Ria dan Astro Ria HD dari Dewan Plenari, Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC).

Berikut merupakan senarai penuh pemenang FFM30:

1. Filem Terbaik: Crossroads : One Two Jaga

2. Pengarah Terbaik: Nam Ron (Crossroads: One Two Jaga)

3. Pelakon Wanita Terbaik: Datin Seri Umie Aida (Dukun)

4. Pelakon Lelaki Terbaik: Rosdeen Suboh (Crossroads: One Two Jaga)

5. Penyunting Terbaik: Raja Affandi Raja Jamaluddin (Dukun)

6. Penataan Seni Terbaik: Chan Hsien Yu (Guang)

7. Pelakon Kanak-Kanak Terbaik: Eng Wei Jie (Rise of Legend: Lee Chong Wei)

8. Pelakon Wanita Harapan: Jaya Ganoson (The Farm: En Veettu Thottathil)

9. Pelakon Lelaki Harapan: Kyo Chen (Guang)

10. Pengarah Harapan: Quek Shio Chuan (Guang)

11. Skor Muzik Terbaik: Nick Davis (Two Sisters)

12. Pelakon Pembantu Wanita Terbaik: Nabila Huda (Makrifat Cinta)

13. Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik: Hasnul Rahmat (Polis Evo 2)

14. Cerita Asal Terbaik: Crossroads: One Two Jaga

15. Anugerah Khas Juri 1: Asia Tropical Films Sdn Bhd (Paskal The Movie)

16. Anugerah Khas Juri 2: Veedu Productions Sdn Bhd (Vedi Gundu Passange)

17. Anugerah Khas Juri 3: Astro Shaw Sdn Bhd (Buskers)

18. Lakon Layar Terbaik: Amri Rohaiyat, Fared Ayam dan Nam Ron ( Crossroads: One Two Jaga)

19. Penggiat Belakang Tabir: Habsah Hassan

20. Karyawan Sepanjang Zaman: Seniman A.R.Badul

21. Anugerah Filem Box Office: Munafik 2

22. Kostum Terbaik: Andy Sulaiman (Dukun)

23. Penataan Bunyi Terbaik: Imaginex Studios (Pulang)

24. Sinematografi Terbaik: Yeong Tuck Wei (Guang)

25. Lagu Tema Terbaik: Atma Jiwa oleh Monoloque (Buskers)

26. Kesan Khas Terbaik: Pixelpost (Dukun)

27. Poster Terbaik: Crossroads: One Two Jaga - BERNAMA