Azar atau nama sebenarnya Siti Azar Ameerah Azmi yang membawa watak sebagai Permaisuri Tishaku dianggap sebagai `anugerah Tuhan’ buat pengarah itu.

“Sepanjang bersama belum sekali aku puji dia, tapi hari ini aku ingin katakan Azar Azmi, kau akan jadi salah seorang anak seni yang bakal melakar nama sebagai pelakon terbaik.

“Terima Kasih Azar, kau warnai Tishaku dengan warna yang cukup indah. Setiap malam aku menonton dengan bangga melihat bagaimana kau meningkatkan lakonan pentas kau.

“Aku tak mampu hamparkan bayaran yang lumayan buat kau tapi ku harap Pawana Isabella dapat mengisi jiwa kau tentang perjuangan. Berbanggalah sebagai anak seni kerana melalui bakat yang Allah anugerahkan pada insan-insan terpilih seperti kau dapat digunakan juga sesekali untuk agama, bangsa dan negara dan bukan hanya utk populariti semata mata.

“Berat hati untuk aku melepaskan Tishaku pergi. Kau tiada bersama kami tapi roh Tishaku masih berada dengan kami. Azar anak ku, selama hampir sebulan kita bersama di pentas Pawana Isabella, ku amanahkan kepada kau sedikit ilmu untuk dijadikan bekalan pada masa depan,” luah Erma Fatima menerusi entri Instagram miliknya.