Bagaimanapun Elifra, 25, enggan memberitahu usia kandungan pertamanya itu.

Ketika ditemui pada majlis pelancaran koleksi Hari Raya Elfira Loy X MC Vogue di Flora Terrace hari ini, pelakon ini agak malu-malu untuk mendedahkan perkara tersebut kepada umum.

Mensyukuri kehamilan awal tersebut, namun kata Elfira atau nama sebenarnya Nurul Elfira Loy Ahmad Sabri, dia seakan tidak percaya dengan berita baik tersebut.

“Saya gembira dan sangat bersyukur kerana sekarang ini selalu baca tentang wanita susah untuk hamil.

“Jadi apabila saya disahkan mengandung walaupun baru empat bulan berkahwin, saya bersyukur dan tak sangka rezeki datang awal. Suami pun terkejut juga dan tergamam pada awalnya.

“Sebenarnya, saya sendiri tak sangka sudah ada ‘isi’ ketika menjalani penggambaran telemovie.

“Namun Alhamdulillah, semuanya selamat dan sampai sekarang pun masih tak percaya saya mengandung,” ujar Elfira yang dijangka melahirkan anak pada penghujung tahun ini. -UTUSAN ONLINE