Ia bermula apabila isteri Tomok, Rahayu Abas memuat naik video ucapan anak mereka itu ke dalam Twitter sehingga menjadi perhatian warganet termasuk Raja Permaisuri Agong, Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah.

Tunku Azizah memberitahu bahawa Seri Paduka berkenan menjemput dua kanak-kanak comel itu ke istana.

Tomok turut meluahkan rasa gembira dalam laman Instagram miliknya pada Isnin lalu.

“Ini betul-betul ke cubaan? Jemputan daripada Tuanku Agong untuk anak-anak saya ke Istana Negara,” tulisnya.

Dalam bahagian ruangan komen, ramai artis turut menyatakan rasa gembira apabila anak-anak Tomok dijemput ke istana.