Seni melihat dan masalah melihat

GAMBAR berkonsep panorama diambil pada awal pagi. Filter digunakan bagi menimbulkan kesan awan, ray
ALUNAN Rimba Sg. Sendat, Selangor 2009 Penggunaan lengkok seakan huruf L, texture batu, aliran air s
SENJAKALA Di Maiga, Pulau Maiga, SempornaPenggunaan elemen Ray of Light di waktu senja terbenam muda
KL Berbicara Lagi..., Changkat Tunku, Kuala Lumpur          Pencahayaan
BICARA Mentari Terbit, Taman Nasional Bromo Tengger Semeru, Probolingo, Jawa Timur, IndonesiaGambar

Dalam dunia foto ini ada dua perkara yang perlu diberikan perhatian iaitu seni melihat dan masalah melihat termasuk juga melihat seketika atau melihat sebelum. Seni melihat bermaksud, melihat dengan ilusi penceritaan yang menarik dengan pelbagai idea, persiapan sebelum melakukan penggambaran. Sebagai contoh jurufoto mempunyai lakaran perancangan, peralatan, idea, konsep sebelum ke lokasi penggambaran.

Masalah melihat pula kurangnya idea untuk membuat penggambaran. Antaranya tidak membuat kajian serta kurang persediaan dari segi peralatan seperti kamera, jenis lensa yang digunakan, jenis props dan keperluan model.

Akibatnya akan terjadilah penggambaran yang mana penceritaannya kurang impak sekadar snap shot sebab tiada elemen tidak melihat seketika dan melihat sebelum.

Kebiasaannya modul ini akan dikongsi selepas modul komposisi. Persoalannya mengapa? Untuk belajar melihat seseorang jurufoto perlu faham tentang peraturan dan prinsip asas fotografi. Sekadar contoh, bermula dengan Rule of Thirds, Golden Mean, Symmetrical, Diagonal, ‘lengkok garisan seakan huruf SCVZ’ Shape, Framing, Foreground, High/Low Angle, Balance Factor, ¾ Image dan Action.

Apabila melihat dengan penggunaan beberapa peraturan, prinsip asas fotografi seperti penggunaan konsep framing dengan lengkok S sebagai foreground serta perancang teliti, gambar yang dihasilkan lebih menarik, kreatif dan insya-Allah akan mempunyai jiwa.

Selain itu antara perkara yang selalu menjadi amalan jurufoto profesional sebelum ke lokasi ialah melakukan carian karya-karya tersohor di internet untuk dijadikan bayangan atau sebagai penghayatan seni. Perancangan lain ialah seperti persiapan props, cadangan pemilihan lokasi penggambaran, konsep pencahayaan, model, baju dan lain-lain keperluan. Ini akan membantu melengkapkan lagi cerita yang ingin disampaikan.

Di lokasi sebenar Rule of Thirds, light and shadow, elemen rekaan seperti tekstur, warna, unsur lengkok seakan huruf S, Z, C serta ditambahkan lagi dengan momen yang sedang berlaku pasti akan memberi kesan perasaan selain menguatkan cerita yang ingin di sampaikan.

Jika berkonsepkan human interest perancangan menggunakan wajah kanak-kanak, warga tua, binatang akan memberi kesan emosi, mesej seperti keriangan, kesedihan, ketakutan, kesusahan akan lebih dirasai oleh khalayak dengan cepat.