Kaedah sepertiga dalam fotografi

KAEDAH sepertiga bot nelayan di Teluk Penyabung, di letak pada sebelah kiri menjadikan gambar ini le
SEPOHON pokok mati dan seorang penunggang motosikal di letakkan sebelah sudut kiri pemidang tilik ba
BOT nelayan di muara Kuala Gula di letak pada sebelah kiri menjadikan gambar ini lebih cantik tanpa
RESORT di atas air, di letakkan, di sebelah kanan pemidang tilik sementara orangramai bermandi manda
ADAKALANYA peraturan fotografi sepertiga tidak perlu di ikuti seperti gambar ini, yang mana subjek u

Dalam membicarakan kaedah sepertiga (Rule of Thirds) dalam ilmu fotografi sememangnya ia amat penting kerana kesannya terhadap setiap gambar yang dihasilkan. Tanpanya gambar mungkin kelihatan janggal atau kurang menarik. Mari lihat akan kepentingannya bagi setiap penghasilan gambar tidak kira sama ada gambar pemandangan, potret mahupun human interest.

Kaedah sepertiga ini meletakkan objek atau subjek utama di sebelah kiri atau kanan pemidang tilik (view finder) atau tidak meletaknya di tengah-tengah pemidang. Pasti gambar yang dirakam lebih menarik dan sedap mata menatapnya.

Begitulah besarnya pengaruh kaedah sepertiga dalam setiap penghasilan gambar. Cuba perhatikan bahawa kebanyakan papan iklan besar yang terdapat di lebuh raya menggunakan kaedah ini dalam menyampaikan mesej bergambar kepada orang ramai.

Bagi yang kurang memahaminya cuba bahagikan pemidang tilik kepada tiga bahagian (buat garisan secara imaginasi). Kemudian letakkan subjek atau objek utama yang mana garisan itu bertemu kira-kira satu pertiga daripada keseluruhan pemidang tilik. Letakkan sama ada di sebelah kiri atau kanan subjek atau objek utama. Anda akan dapat perhatikan hasil gambar kelihatan lebih cantik dan menarik.

Begitu juga bila seseorang jurufoto mengambil gambar potret. Kaedah sepertiga ini akan memberikan hasil gambar lebih menarik dan ruang yang lebih ini akan menjadikan seolah-olah gambar itu boleh bernafas. Sekiranya iklan, mereka boleh menambah kata-kata berdasarkan karekter gambar potret tersebut.

Bagaimanapun tidak semestinya kaedah sepertiga perlu diikut sepenuhnya dalam setiap penghasilan gambar. Sebagai contoh merakam gambar bangunan yang paling tinggi manakala di kiri kanannya terdapat bangunan lebih rendah.

Jadi, kaedah sepertiga ini tidak lagi diguna pakai untuk mengambil gambar tersebut. Kesimpulannya kaedah sepertiga amat penting untuk difahami oleh peminat fotografi. Ini dapat memberikan hasil kerja yang lebih kemas dan cantik.