Fotografi human interest

Pengunjung dari negara jiran, Brunei Darussalam terhibur melihat
SEORANG kanak-kanak yang menangis kelaparan menerima daging korban di Kampung Chongkok sempena Aidil
Seorang wanita yang hanya mahu dikenali sebagai Mak Etek berusia
Seorang kanak-kanak gelandangan menangis kelaparan di bawah jambatan
Kanak-kanak gelandangan, Nor Azman, 10 (orang kurang upaya), (kiri)

Fotografi human interest bukanlah sesuatu yang asing khususnya dalam bidang foto kewartawanan kerana elemen ini menyempurnakan lagi penceritaan dalam sesebuah karya yang dihasilkan.

Kebiasaannya fotografi human interest atau minat ramai membabitkan potret daripada kehidupan seseorang yang menggambarkan suasana dalam bentuk mood sama ada gembira atau sedih sekali gus memberi kesan kepada orang yang melihatnya.

Karya yang dihasilkan dapat menggambarkan kehidupan dan interaksi manusia dengan lingkungannya. Secara tidak langsung mengajak kepada orang ramai untuk melihat dengan mata hati (heart eye)

Human interest cukup luas skopnya tetapi sering dicampur adukkan dengan kategori lain antaranya fotografi potret (portrait photography), fotografi budaya (culture photography), fotografi jalanan (street photography), fotografi kembara (travel photography) dan fotografi berkonsep (conceptual photography).

Kebanyakan foto human interest menggambarkan kehidupan masyarakat seperti kesusahan, kesempitan hidup bagi meraih simpati. Fotografi human interest tidak tertumpu pada subjek masyarakat kelas bawahan sahaja malah turut melibatkan golongan atasan.

Setiap liputan mempunyai kisahnya yang tersendiri. Kedalaman maksud tersurat dan tersirat serta mesejnya melalui foto-foto tersebut pasti akan memberi kesan kepada pembaca.

Di sini penulis memberikan beberapa tip berkaitan fotografi human interest.

1 Perlu ada karakter yang kuat dan menarik.

2 Gambar dirakam secara kandid.

3 Menguasai kemahiran dan ilmu fotografi.

4 Membidik secara berturut-turut untuk menangkap momen yang setiap detiknya berubah dengan cepat.

5 Gunakan lensa lebar 24mm-70mm atau lensa tele 70mm-200mm (bergantung kepada subjek).

6 Jika guna kamera kompak, rakam dari jarak dekat.

7 Komposisi yang baik, menonjolkan ekspresi atau bahasa tubuh subjek foto daripada lingkungan hidupnya.