Ia bagi melaksanakan kerja-kerja pembinaan utama podium runcit sembilan tingkat, tempat letak kereta lima tingkat dan jambatan menghubungkan LRT di Jalan Hang Tuah/Jalan Pudu, Kuala Lumpur.

BBCC merupakan syarikat usaha sama yang diwujudkan Kumpulan Wang Simpanan Kerja, UDA Holdings Bhd dan Eco World Bhd.

Pengerusi Eksekutif Datuk Tee Eng Ho berkata kerja-kerja pembinaan akan mengambil masa kira-kira 14 bulan daripada tarikh dijadual ia patut dimulakan pada Ogos 2019 dan dijangka siap pada Oktober 2020.

“Surat tawaran terbaharu ini akan menyumbang jumlah kontrak syarikat untuk tahun kewangan berakhir 31 Dis, 2019 kepada RM1.2 bilion, mencapai sasaran dalaman kami berjumlah RM1.2 bilion,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata kontrak itu akan meningkatkan nilai perolehan kontrak yang belum disiapkan kepada kira-kira RM3.45 bilion yang akan memberikan prospek pendapatan bagi tiga tahun akan datang.

Beliau berkata syarikat itu juga akan membida tender bagi kerja-kerja pembinaan tiga menara komersial setinggi antara 34 tingkat ke 45 tingkat, selain podium runcit di tingkat bawah. -BERNAMA