Dalam makluman kepada Bursa Malaysia hari ini, syarikat itu melaporkan hasilnya juga merosot kepada RM572.95 juta berbanding RM590.46 juta sebelumnya.

Dalam kenyataannya, Pos Malaysia berkata prestasi lemah dalam tempoh itu disumbangkan oleh keputusan lemah dalam pos dan pekhidmatan.

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Syed Najib Syed Md Noor berkata kerugian itu disebabkan penurunan berterusan jumlah mel (18 peratus tahun ke tahun) selain kos yang lebih tinggi untuk khidmat Obligasi Perkhidmatan Universal (USO).

“Kami bekerja rapat dengan pengawal selia sejak 2018 dan terus memperoleh penyelesaian segera bagi kesimbangan trafik. Kami menjangkakan hasil yang positif dalam keseimbangan tarif,” katanya dipetik berkata dalam kenyataan itu.

Beliau berkata Pos Malaysia membuat pelaburan besar ke atas transformasi digitalnya dan meluaskan keupayaan untuk memberi perkhidmatan kepada permintaan e-dagang yang berkembang.

“Kami melancarkan Pusat Bungkusan Bersepadu (IPC) kedua di KLIA, meningkatkan 78 peratus kapasiti kami kepada 530,000 sehari daripada 300,000, dan RM100 juta dibelanjakan untuk sistem teras kami bagi meningkatkan pengalaman pelanggan secara menyeluruh dalam teknologi digital,” katanya.

Mengenai petugasnya, Syed Najib berkata Pos Malaysia sedang mengenal pasti usaha untuk menjayakan program keusahawanan bagi meningkatkan kecekapan operasi.

“Menerusi pelaburan yang berterusan ini, Pos Malaysia akan dapat meluaskan perniagaan menggunakan infrastruktur dan penyelesaian terbaik dalam perkhidmatannya kepada pasaran,” katanya. -BERNAMA