Hypermarket Sweep Petron telah dilancarkan pertama kali pada tahun 2015 dengan hadiah bernilai RM55,000. - UTUSAN ONLINE

Hasil merosot kepada RM3.02 bilion daripada RM3.13 bilion sebelumnya disebabkan harga minyak yang lebih rendah, katanya dalam makluman kepada Bursa Malaysia hari ini.

“Walaupun minyak mentah Brent pulih daripada penurunan harga pada dua bulan terakhir 2018, harga minyak dunia terus tidak menentu pada suku berkenaan, dengan Brent mencatatkan purata AS$69 setan - tujuh peratus lebih rendah berbanding tahun lepas.

“Perbezaan harga antara produk siap dan minyak mentah kekal rendah, menyebabkan keuntungan kasar yang lebih rendah sebanyak RM134 juta - 15 peratus lebih rendah daripada RM158 juta tahun lepas,” katanya.

Pada suku berkenaan, jumlah jualan PMRMB mencecah 9.2 juta tong, meningkat sedikit daripada Q2 2018 apabila jualan dalam negeri meningkat empat peratus hasil daripada peningkatan dalam sektor runcit dan komersial.

Dalam kenyataan berasingan, Pengerusi PMRMB, Ramon S Ang berkata jualan yang lebih baik disokong oleh pengembangan rangkaian yang agresif, mencerminkan permintaan yang lebih tinggi untuk produk premiumnya, Petron Blaze 95 dan Turbo Diesel Euro 5.

Program Petron Miles Card dan kerjasama dengan jenama terkemuka seperti Marvel Studios turut menyumbang kepada peningkatan, katanya.

“Walaupun margin menyusut di rantau ini, kami masih mencatat hasil yang sederhana disebabkan pertumbuhan jualan yang berterusan.

“Kami terus komited untuk meneruskan program strategik yang bertujuan untuk memperkukuh jenama kami, meningkatkan kehadiran dan menyediakan produk dan perkhidmatan yang sangat baik kepada pelanggan,” katanya. -BERNAMA