ExecutJet Malaysia dalam satu kenyataan hari ini berkata kelulusan itu meliputi penyenggaraan bagi pesawat Gulfstream GIV serta variasi Bombardier Challenger dan Bombardier Globe Express.

“Kelulusan oleh CAAC ini penting kerana ia bermakna kemudahan penyenggaraan ExecuJet Malaysia di Lapangan Terbang Subang, berdekatan Kuala Lumpur, dibenarkan untuk melakukan penyenggaraan berat bagi pesawat yang berdaftar di China ini,” kata Naib Presiden ExecuJet MRO Services Asia, Ivan Lim.

Beliau berkata dengan adanya akses ke pasaran penerbangan perniagaan China, yang terbesar di rantau ini, membuka peluang baharu kepada ExecuJet Malaysia untuk terus berkembang dan mengembangkan perniagaannya.

ExecuJet Malaysia memohon kelulusan daripada CAAC susulan permintaan daripada pengendali di China dan Malaysia memiliki reputasi tinggi di peringkat antarabangsa dalam segmen penyenggaraan, pembaikan dan baik pulih (MRO).

“Kelulusan daripada CAAC ini mengukuhkan lagi kedudukan Malaysia dalam pasaran sebagai pusat utama bagi MRO penerbangan perniagaan di rantau ini,” kata Lim. -BERNAMA