Abdul Razib Dawood

Abdul Razib yang berkelulusan Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan University of Warwick, United Kingdom dan Sarjana Sains University of Manitoba, Kanada, memiliki pengalaman selama 25 tahun dalam industri tenaga, kata ST dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau pernah menggalas tugas penting di Tenaga Nasional Bhd. dan Sime Darby Energy Sdn. Bhd. sebelum menyertai syarikat utiliti Australia, ElectraNet Pty. Ltd. serta Senergy Econnect Australia Pty Ltd.

“Abdul Razib kemudiannya menyertai ST sebagai Ketua Unit Operasi Pasaran Elektrik dari Oktober 2012 sehingga Ogos 2017 dan seterusnya sebagai CEO Malaysia Nuclear Power Corp pada 2017 hingga 2018.

“Pada 9 April tahun lepas beliau dilantik sebagai Ketua Pegawai Operasi ST,” kata suruhanjaya tersebut. -BERNAMA