Ketua Pegawai Eksekutifnya, R. M. Chandran berkata, tiket yang dibeli semasa promosi tersebut untuk tempoh perjalanan sehingga 26 April tahun depan.

“Tambang adalah berbeza mengikut tempat pelepasan di Malaysia. Bagi yang berlepas dari Lapangan Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) ke Johor Bahru, Pulau Pinang dan Langkawi, harga tambang bermula dari RM59.

“Manakala bagi yang berlepas dari Subang ke Kuala Terengganu, Pulau Pinang, Alor Setar, Johor Bahru, Kota Bharu dan Langkawi, harga tambang bermula dari RM109 termasuk elaun bagasi 15 kilogram (kg),” katanya dalam kenyataan di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE