Samsung Electronics dalam kenyataannya berkata, tinjauan itu merupakan pandangan agregat merentasi 15 kategori produk utama termasuk automotif, peruncitan, makanan dan minuman (F&B) dan barangan elektronik pengguna.

Katanya, Samsung muncul pilihan utama untuk enam kategori termasuk Jenama Mesra Mudah Alih, Jenama Tempatan Paling Kukuh dan Jenama Dengan Nilai yang pa­ling sesuai dengan responden.

“Tinjauan 1,000 jenama terkemuka tahun ini me­nyaksikan Samsung berada di kedudukan teratas untuk kate­gori telefon bimbit, pengeluar televisyen dan teknologi rumah pintar,” katanya di sini hari ini.

Tinjauan 1,000 Jenama Terkemuka Asia dijalankan antara 13 Mac hingga 10 April 2019 yang melihat sikap pengguna di 14 pasaran iaitu Australia, China, Hong Kong, India, Indonesia, Jepun, Malaysia, New Zealand, Fi­lipina, Singapura, Korea Selatan, Taiwan, Thailand dan Vietnam.

Tinjauan itu melibatkan 400 responden bagi setiap pasaran kecuali Jepun, India dan China masing-masing melibatkan 800, 1,200 dan 2,000 responden.

Antara soalan yang dita­nya kepada responden seperti jenama apa yang terlintas di fikiran dan jenama kedua terbaik dalam setiap kategori.