Bank pusat berkata, paras rizab itu memadai untuk membiayai 7.4 bulan import tertangguh dan 1.0 kali jumlah hutang luar negara jangka pendek.

Dalam kenyataan hari ini, BNM berkata, komponen utama rizab antarabangsa pada 15 Mac 2019, terdiri daripada ri­zab mata wang asing sebanyak AS$96.7 bilion (RM392.6 bilion), kedudukan rizab Tabung Kewangan Antarabangsa AS$900 juta (RM3.6 bilion), Hak Pengeluaran Khas (SDR) AS$1.1 bilion (RM4.5 bilion), emas AS$1.6 bi­lion (RM6.5 bilion) dan lain-lain aset rizab AS$2.3 bilion (RM9.3 bilion).

Katanya, aset termasuk emas dan pertukaran asing serta rizab-rizab lain, termasuk SDR sebanyak RM424.44 bi­lion, kertas kerajaan Malaysia (RM2.53 bilion), deposit dengan institusi kewangan (RM965.84 juta), pinjaman dan pendahuluan (RM7.23 bilion), tanah dan ba­ngunan (RM4.17 bilion), dan aset-aset lain (RM16.63 bilion).

Modal dan liabiliti terdiri dari­pada modal berbayar (RM100 juta), rizab (RM136.76 bilion), mata wang dalam edaran (RM107.04 bilion), deposit oleh institusi kewa­ngan (RM158.95 bilion), deposit kerajaan persekutuan (RM19.28 bilion), deposit-deposit lain (RM1.26 bilion), kertas Bank Negara (RM23.28 bilion), peruntukan SDR (RM7.74 bilion), dan liabiliti-liabiliti lain (RM1.55 bi­lion). – BERNAMA