Naib Presiden Pemasaran Etika Sdn. Bhd., Santharuban T. Sundaram berkata, produk itu akan dipasarkan dengan tiga perisa utama iaitu kopi tarik, kopi asli, dan mocha yang dihasilkan melalui adunan biji kopi arab dan campuran halus sekali gus memberi rasa premium seperti baru dibancuh.

“Membancuh kopi setiap pagi dapat membantu kita menyiapkan minda menghadapi rutin harian. Oleh itu kami mendapati penggemar kopi mahukan satu bentuk minuman yang mereka boleh bancuh sendiri dan atas sebab itulah dilancarkan siri Wonda 3-in-1 premium coffee.

“Sesuai dengan permintaan, kopi tarik kami menjanjikan rasa kopi yang lembut dan berkrim sesuai untuk bersarapan. Kopi perisa mocha kami pula menggabungkan rasa kopi dan coklat cukup enak serta kopi asli kami merupakan gabungan sempurna antara susu dan kopi sekali gus pengalaman kopi yang mantap,” katanya ketika berucap pada pelancaran produk berkenaan di sini hari ini.

Tambahnya lagi, untuk memudahkan pengemar untuk mendapatkan produk mereka, syarikat itu telah melancarkan kedai rasmi mereka, Shopee Malaysia sebuah platform e-dagang terkemuka di Malaysia.

“Selari dengan pelancaran produk terbaharu ini, bermula 22 hingga 24 Ogos kami memberikan potongan harga sebanyak RM5 kepada 300 pelanggan pertama yang membeli produk kami di Shopee. Promosi pengenalan ini akan dikuti dengan banyak lagi promosi yang menarik pada Oktober nanti” Ujarnya.-UTUSAN ONLINE