Pada pukul 6 petang, ringgit berada pada paras 4.1250/1300 berbanding dolar AS daripada paras 4.1250/1300 semasa ditutup pada Selasa.

“Laporan sepatutnya memberikan isyarat jelas bagi dasar Bank Negara dan mengesahkan kemungkinan pengurangan kadar faedah pada mesyuarat dasar bulan depan,” katanya.

Awal hari ini, jabatan itu mengeluarkan datanya bagi Mac 2019 yang menyaksikan kadar inflasi seperti diukur oleh Indeks Harga Pengguna (CPI) meningkat sebanyak 0.2 peratus pada bulan itu kepada 121.1 berbanding 120.9 pada Mac 2018.

Sementara itu, ringgit diniagakan tinggi berbanding mata wang utama yang lain.

Ia meningkat berbanding dolar Singapura kepada 3.0351/0392 daripada 3.0400/0446 pada Selasa dan naik berbanding pound Britain kepada 5.3365/3446 daripada 5.3666/3748.

Mata wang tempatan mengukuh berbanding yen kepada 3.6870/6921 daripada 3.6876/6924 dan meningkat berbanding euro kepada 4.6254/6326 daripada 4.6431/6491 sebelumnya. - BERNAMA