Ketua Perusahaan Maxis, Paul McManus berkata, teknologi itu akan mememperkasa data raya dan membolehkan analitis data canggih yang berpotensi membantu membuat keputusan dalam bidang seperti penjimatan kos, kecekapan serta peluang perniagaan baharu.

Katanya, Maxis NB-IoT sedang diuji dalam beberapa industri untuk pelbagai penggunaan utama industri seperti meter pintar dan pemantauan alam sekitar.

“Ada potensi untuk membuka peluang baharu bagi pihak berkepentingan utama seperti kerajaan, pihak berkuasa tempatan serta perniagaan Malaysia dalam bidang pertanian, utiliti dan bandar raya Pintar.

“Maxis bersedia untuk bekerjasama dengan pelanggan dalam memahami titik penting dan bekerjasama untuk meningkatkan kecekapan perniagaan dan menyelesaikan masalah melalui penyelesaian NB-IoT,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE