Naib Presiden Kanan Pemasaran dan Perniagaan Alternatif Etika, T. S. Santharuban berkata, pelanggan hanya perlu membeli mana-mana tiga botol Pepsi, Mirinda, Mirinda Mix-It, Tropicana Twister, Lipton atau Calpis satu liter (l) atau 1.5l dalam satu resit.

Katanya, kemudian mereka perlu menghantar penyertaan dan maklumat lengkap resit kepada nombor WhatsApp yang disediakan bersama dengan nama penuh serta nombor kad pengenalan.

“Resit asal perlu disimpan sebagai bukti pembelian. Selepas itu mereka berpeluang mendapat pakej umrah percuma untuk dua orang serta peluang menunaikan haji di Mekah.

“Etika terus memberi lebih keriangan pada musim perayaan ini menerusi ganjaran Duit Raya bernilai RM100 kepada 250 pemenang,” katanya dalam ke­nyataan di sini hari ini.

Menurut Santharuban, kempen raya Mari-Mari Erat bertujuan untuk membawakan semangat ikatan dan kebersamaan kepada masyarakat di musim perayaan ini.

“Kami mahu membawakan pengalaman umrah yang tidak dapat dilupakan kepada pe­langgan dan masyarakat selepas sebulan berpuasa pada bulan Ramadan. Kami harap peraduan Mari-Mari Erat akan membawa kegembiraan kepada semua,” ujarnya.

Orang ramai boleh mendapatkan minuman-minuman terpilih di rangkaian pasar raya besar dan pasar raya yang mengambil bahagian di Semenanjung Malaysia.