Satu lagi statistik menakjubkan untuk membayangkan pertumbuhan pengguna internet yang besar dapat dilihat pada kebangkitan internet mudah alih yang mana Google mendedahkan pada tahun lalu lebih 90 peratus penduduk Asia Tenggara kini mengakses internet terutama melalui telefon bimbit.

Memainkan peranan besar dalam peningkatan penggunaan internet mudah alih ini, ia didorong oleh ketersediaan telefon pintar yang berpatutan, pelan data jalur lebar dan perkhid­matan telekomunikasi yang lebih baik di seluruh Malaysia.

Tetapi apa yang paling pen­ting, Malaysia mengalami pertumbuhan besar pengguna internet, antaranya disebabkan kandungan yang menarik.

Laman web

Menurut SimilarWeb, lima laman web paling banyak dikunjungi oleh pengguna Malaysia pada Julai 2019 ialah Google, YouTube, Facebook, Maybank2u dan Instagram.

Walaupun setiap laman web mempunyai tujuan berbeza, kami dapat melihat dengan jelas bahawa empat daripada lima laman web ini menyediakan kandungan yang menepati pilihan dan keperluan mereka.

Sebagai contoh, Google adalah enjin carian yang membantu pengguna mencari kandungan yang mereka cari. Lebih daripada itu, Google juga sangat berkuasa dengan cara yang sangat proaktif dan memberi cadangan kepada pengguna berdasarkan tingkah laku carian demografi dalam talian.

Laman web kedua paling banyak dikunjungi adalah platform video yang sangat popular dan memberi pengguna pelbagai jenis kandungan daripada video pendidikan hingga ke dokumentari, hiburan dan berita.

Kajian oleh Hootsuite & We Are Social mendedahkan pada awal 2019, sebanyak 98 peratus responden menonton video dalam talian. Begitu juga untuk laman web popular di Malaysia, tanpa kandungan yang menarik, laman web ini tidak akan dikunjungi.

Kandungan yang bermanfaat

Dengan jumlah pengguna yang tinggi, ini memberi peluang besar kepada peniaga memasuki pasaran dan memanfaatkannya untuk peluang perniagaan. Walau bagaimanapun, ini menimbulkan persoalan yang besar, bagaimanakah kita menukar pengguna internet menjadi jualan untuk perniagaan kita?

Untuk menjawab soalan ini, adalah dengan meletakkan pembaca anda pada keutamaan paling tinggi. Niel Patel, pemasar digital yang sangat berjaya dan popular berkata: “Antara kaedah untuk gagal dalam perniagaan ialah mengabaikan keperluan dan keinginan kumpulan sasaran, jika anda mencipta pemasaran kan­dungan tanpa strategi yang betul dan didokumenkan, kandungan anda tidak akan bertukar.”

Oleh itu, perniagaan perlu meletakkan diri mereka dalam diri kumpulan sasar apabila membuat kandungan. Ini juga bermakna kandungan anda harus dilakukan lebih daripada sekadar menjual produk dan perkhidmatan semata-mata.

Dengan pengawalan kandu­ngan daripada begitu banyak sumber, terdapat juga risiko berlaku kehilangan, justeru, perniagaan perlu mencari kaedah untuk membuat kandungan yang berfungsi membina identiti jenama yang berbeza, meningkatkan kepercayaan pengguna dan menggalakkan minat pengguna.

Apabila kandungan anda dilaksanakan dengan strategik, kadang-kadang kandungan yang menarik dapat memacu perhatian pelanggan baharu. Sebagai contoh, iklan Hari Raya yang menarik perhatian ramai dengan cara yang tulus oleh syarikat-syarikat seperti Mudah.my, Lazada, Expedia dan Naelofar Hijab.

Oleh itu, apakah kandungan yang anda fikir boleh membina identiti jenama berbeza untuk syarikat anda? Bagaimana ia akan meningkatkan kepercayaan dan kepentingan pengguna dalam jenama anda?

Artikel oleh iPrice Group (https://iprice.my)