Lebihan dalam sistem konvensional merosot kepada RM24 bilion daripada RM26.04 bilion pagi ini manakala dalam sistem Islam ia menyusut kepada RM8.6 bilion daripada RM13.26 bilion.

Awal hari ini, BNM menawarkan dua tender pasaran wang konvensional, tiga tender Qard dan satu tender repo berbalik.

Pada pukul 4 petang, bank pusat menjalankan tender pasaran wang konvensional RM23.50 bilion dan tender pasaran wang Murabahah RM8.6 bilion, kedua-duanya untuk wang sehari.

Purata kadar faedah semalaman Islam berada pada 2.96 peratus manakala kadar satu, dua dan tiga minggu masing-masing ditetapkan pada 3.03 peratus, 3.07 peratus dan 3.12 peratus. - BERNAMA