HSL dalam maklumannya kepada Bursa Malaysia berkata, bidang tugasan merangkumi kerja-kerja pemasangan cerucuk, pengisian tanah dan pasir, kerja-kerja geoteknik, saliran dan penurapan jalan.

“Bagi kerja-kerja pembinaan di kawasan rupa bumi rendah ia akan bersandarkan kepada kepakaran HSL dalam kejuruteraan marin,” katanya di sini hari ini.

Kontrak itu mengambil masa 24 bulan manakala kerja-kerja pembinaan fizikal dijangka bermula September tahun ini dan dijangka menyumbang secara positif kepada pendapatan dan aset bersih kumpulan HSL berikutan projek itu dijalankan semasa tempoh kontrak. - BERNAMA