Naib Presiden Pemasaran dan Perniagaan Alternatif Etika, T. Sundaram berkata, sepanjang tempoh kempen itu berlangsung sempena perayaan Aidilfitri lalu, pihaknya telah merealisasikan impian peserta yang telah lama ingin menunaikan umrah sekali gus menyebarkan kegembiraan dan kebahagiaan dalam masyarakat.

“Ini juga merupakan gerakan untuk memberi ganjaran kepada pengguna kami dengan perjalanan umrah yang bermakna terhadap sokongan mereka pada Etika dan jenama kami sepanjang tahun,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Sundaram berkata, selain pakej umrah yang ditawarkan kepada 15 orang pemenang, Etika turut memberikan duit raya bernilai RM100 setiap satu kepada 250 pemenang saguhati sepanjang 47 hari kempen tersebut berlangsung.

“Ia adalah bagi memberikan lebih keceriaan pada sambutan Ramadan dan Hari Raya yang lalu,” katanya.

Beliau berkata, orang ramai boleh melayari laman web www.etikaholdings.com/campaigns bagi mendapatkan maklumat lanjut mengenai promosi dan kempen yang dijalankan oleh Etika pada masa depan.

HABIS