Pada penutupan, penanda aras FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) meningkat 2.34 mata kepada 1,622.07 berbanding 1,619.73 semasa ditutup pada Khamis.

Indeks dibuka 0.91 mata lebih tinggi kepada 1,620.64 dan turun naik antara 1,618.69 dan 1,625.22 sepanjang dagangan hari ini.

Kedudukan pasaran positif dengan kaunter untung mengatasi kaunter rugi iaitu sebanyak 514 berbanding 275 manakala 426 kaunter tidak berubah, 693 tidak diniagakan dan 19 lagi digantung.

Jumlah dagangan menyusut kepada 2.52 bilion unit bernilai RM1.69 bilion berbanding 2.89 bilion unit bernilai RM2.17 bilion pada Khamis. -BERNAMA