Presiden Angkasa, Datuk Abdul Fattah Abdullah berkata, pakej tersebut diperkenalkan menerusi kerjasama dengan syarikat pengendali umrah, Eco Riths Leisure Travel & Tour Sdn. Bhd. (Ecoriths).

"Menerusi pakej tersebut ahli boleh mengerjakan umrah dengan cara membuat pinjaman daripada koperasi.

"Koperasi akan membuat bayaran kepada syarikat pengendali umrah dan pinjaman akan dipotong daripada gaji ahli," katanya kepada pemberita ketika sidang akhbar selepas Majlis Pelancaran Program Umrah Koperasi Bersama Angkasa di sini hari ini.

Hadir sama, Timbalan Presiden Angkasa, Datuk Kamarudin Ismail serta Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Ecoriths, Datuk Rithsman Mohamed.

Dalam majlis tersebut Angkasa menandatangani memorandum persefahaman (MoU) dengan Ecoriths. -UTUSAN ONLINE