Mereka adalah Mohd. Boestaman Abdul Halim, Mat Dahalan Ismail, Mohd. Fadhil Ramle, Hishamuddin Abdullah dan Muhd. Isa Mamat.

Selain nama pemenang, Jabatan Pelancongan Negeri Terengganu turut mengumumkan 30 foto terbaik pertandingan itu menerusi laman sosial Facebook dan Instagram, Beautiful Terengganu Malaysia.

Pemenang kategori fotografi berpeluang membawa hadiah wang tunai iaitu johan menerima RM2,000 disusuli naib johan (RM1,500), ketiga (RM1,000) dan tempat keempat dan kelima masing-masing mendapat RM500.

Kesemua pemenang akan dihubungi pihak urusetia Jabatan Pelancongan Negeri Terengganu untuk tindakan lanjut.

Pertandingan Foto Video Terengganu Iconic Drawbridge yang berlangsung dari 5 Mei hingga 30 Jun lalu mendapat penyertaan hangat daripada orang ramai yang tidak melepaskan peluang untuk merakam keindahan mercu tanda ikonik baharu Terengganu, jambatan angkat atau drawbridge.

Selain fotografi, dua lagi kategori yang dipertandingkan ialah video dan telefon pintar.

Bagi kategori video dan telefon pintar, pemenang akan diumumkan hari ini. - UTUSAN ONLINE