Abdul Hadi berkata, walaupun menderita lumpuh otak, namun kanak-kanak berusia 9 tahun itu berjaya menghafal 30 juzuk al-Quran.

“Beliau bukan sahaja berjaya menghafal keseluruhan ayat-ayat suci al-Quran, bahkan mampu untuk mengingati nombor ayat, nama surah dan halaman.

“Semoga kemampuan beliau dalam menghadapi cabaran hidup menjadi inspirasi kepada semua,” katanya dalam catatan di laman Facebook miliknya sebentar tadi.

Abdul Hadi turut mengucapkan tahniah kepada ibu Muhammad Naja yang disifatkan berjaya mendidik kanak-kanak itu dengan baik.

 

“Inilah salah satu tanda kebesaran mukjizat al-Quran yang kekal hingga hari ini. Subhanallah,” katanya.

Kisah Muhammad Naja sebelum ini tular kerana berjaya menghafal 30 juzuk al-Quran. - UTUSAN ONLINE