Mangsa, Muhammad Saad Yuguda, 24, mait ditempat kejadian akibat tersepit di tempat pemandu.

Ketua Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Zulfikar Jaffar berkata,

sepasukan tujuh anggota bersama sebuah jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat Cyberjaya dikerahkan ke lokasi kejadian sejurus menerima panggilan kecemasan pada pukul 6.20 pagi.

“Sebaik tiba dilokasi didapati seorang lelaki warga Nigeria berumur 24 tahun tersepit di bahagian pemandu dalam sebuah kereta jenis Honda Civic.

“Mangsa yang tersepit berjaya dikeluarkan anggota bomba namun disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Zulfikar berkata, mayat mangsa diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut. - UTUSAN ONLINE.

habis//