Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Che Zaimani Che Awang berkata, mangsa, Lee Kok Eang, 62, meninggal dunia kira-kira pukul 2.30 pagi.

"Hasil siasatan pihak bomba mendapati punca kejadian disebabkan kebocoran pada kepala dan penyambung gas.

"Oleh sebab itu, gas petroleum cecair (LPG) telah memenuhi ruang rumah mangsa lalu berlaku letupan," katanya di sini hari ini.

Pada Ahad lalu, Kok Eang melecur kira-kira 80 peratus selepas berlaku letupan di rumahnya.

Kejadian kira-kira pukul 8 pagi itu turut mengakibatkan beberapa bahagian dinding flat di tingkat 20 itu runtuh. - UTUSAN ONLINE